Kursus Pengenalan Kepada Internet Dan Emel
29 Februari 2020 | Aktiviti TerkiniKursus pengenalan kepada internet dan emel dijalankan bersama ahli baru pusat internet dan juga para pelajar yang belum pernah mengunakan internet. Tidak dinafikan internet adalah medium penting kini untuk mendapatkan pelbagai maklumat dan mempunyai pelbagai fungsi. Oleh itu, apabila seseorang tidak tahu mengunakan internet ianya akan menjadi satu masalah terutamanya dalam menyiapkan tugasan persekolahan. Dengan adanya kursus sebegini bertujuan membantu golongan pelajar untuk menambah kemahiran dan memudahkan tugasan.
Kelas yang berlansung Bilik Latihan Pusat Internet Napoh telah menarik seramai 10 orang murid dan akan diadakan pada siri berikutnnya.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: